MAJLIS PERSARAAN GURU PEMULIHAN KHAS
TARIKH : 14 JUN 2022
HARI : SELASA
TEMPAT : HOTEL GREENISH, KUAH
Majlis “Sanjungan Budi Rimbunan Kasih” diadakan bagi menghargai mantan guru pemulihan khas SK Sungai Menghulu iaitu Cikgu Shuib bin Yusof yang telah bersara pada 01 Jun 2022 bertempat di Hotel Greenish, Kuah. Majlis telah dihadiri oleh semua guru pemulihan khas daerah serta pegawai SISC+ iaitu Puan Zainab binti Mohamed Said dan Puan Asma binti Saad.



