Monthly Archives: July 2022

BIMBINGAN KE ARAH MELESTARI DAN MEMBUDAYAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 (KOHORT 3)

Tarikh: 28 Julai 2022

Tempat: SMK Kedawang

Sasaran: SLT/MLT

Sesi bimbingan telah dilaksanakan kepada Pengetua, Penolong Kanan dan barisan ketua bidang.

Fokus utama bimbingan ialah overview semula modul 1 hingga 8. Penekanan lebih kepada menilai semula proses kerja untuk dokumentasi berlandaskan kepada 6P (perancangan pelaksanaan pemantauan,penilaian,penambahbaikan dan pendokumentasian)

Di samping itu,pihak sekolah disarankan membuat video korporat sebagai satu dokumen bagi melihat kualiti sekolah dan kemenjadian murid.

Sesi bimbingan bersama Pengetua

Sesi bimbingan bersama SLT

KUNJUNG BANTU KELAS PEMULIHAN KHAS DI SK EWA

TARIKH : 20 JULAI 2022

MASA : 08:30 PAGI HINGGA 01:30 PETANG

GURU PEMULIHAN KHAS : CIKGU INTAN MASRINA BINTI MAHADZIR

Kunjung bantu dilaksanakan di kelas pemulihan khas SK Ewa melibatkan 5 orang guru pemulihan khas daerah secara gotong royong. Guru-guru membantu mengecat luar kelas dan membuat bahan bantu mengajar. Program ini akan dilaksanakan pada 2 buah sekolah seterusnya iaitu di SK Padang Matsirat dan SK Penghulu Ahmad.

« Older Entries