MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAHKU SEJAHTERA: SEPAKAT DAN SELAMAT
TARIKH: 18 OGOS 2022
MASA: 8:30 – 10:30
TEMPAT: BILIK SEMINAR, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LANGKAWI
Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat Dan Selamat bertujuan untuk memantapkan kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya dengan penglibatan pihak PDRM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Majlis pelancaran berlangsung serentak seluruh negara. Pada majlis ini juga menyaksikan pelancaran Portal Aduan Buli. Majlis dirasmikan oleh Superintendan Samsulmuddin bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi. Turut bersama dalam majlis ini, Ketua AADK Daerah Langkawi, Wakil MCPF (Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia) dan juga wakil PIBKS.
















