Monthly Archives: September 2022

pelancaran Projek Inovasi My Tumbler & Sambutan Hari jadi warga SK Kilim

Tarikh: 15 September 2022

Masa: 11.30 pagi

Perasmi: Encik Razi Pahlavi bin Abdul aziz, Mercy Mission Malaysia ( Konsultan PROMAX)

Buku Program
Aktiviti yang berlaku sepanjang pelancaran tersebut
Tema adalah Kain Batik Tradisional

PENGENALAN:

Salah satu faktor kemenjadian murid adalah sikap bertanggungjawab, Program yang berkesan dan mampu untuk meningkatkan tahap kesedaran murid kepada isu alam sekitar.

OBJEKTIF:

Meningkatkan kesedaran murid sekolah dalam mengamalkan gaya hidup sihat selain bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.

RASIONAL PROJEK:

Mengurangkan kebergantungan penggunaan cawan pakai buang di kantin sekolah denngan menggunakan minuman dalam ‘Tumbler’ yang disediakan.

Menggalakkan budaya minuman sihat di kalangan murid sekolah

Mendidik murid tentang tanggungjawab kepada diri dan sekolah

Menanam sikap cintakan sekolah, displin dan kesihatan diri

TAKLIMAT PROGRAM TUISYEN PINTAR YPM-KPLB 2022

TARIKH: 15 SEPTEMBER 2022

MASA: 9.00 PAGI

TEMPAT; BILIK MESYUARAT MRSM, LANGKAWI.

EMPAT PENYELARAS SETIAP SEKOLAH YANG TERPILIH BERSAMA-SAMA PIHAK MRSM DI BILIK MESYUARAT MRSM LANGKAWI

Pihak Yayasan Pelajaran Mara akan menganjurkan Program Tuisyen Pintar YPM-KPLB 2022 dengan kerjasama MRSM Langkawi. Program tuisyen ini akan dijalankan pada hari Sabtu sebanyak 7 kali pertemuan bermula 24 September 2022. Pelajar yang terlibat adalah seramai 100 orang pelajar Tingkatan 5 yang cemerlang terdiri daripada 4 buah sekolah iaitu SMK mahsuri, SMK Ayer Hangat, SMK Kelibang dan SMK Kedawang.

Diharapkan program ini dapat membantu pelajar-pelajar khususnya dalam daerah Langkawi terus meningkatkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan SPM 2022.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM CELIK MEMBACA

TARIKH: 14 SEPTEMBER 2022

MASA: 12.15 TENGAH HARI

TEMPAT: DEWAN CENDANA, SK SERI NEGERI

Pada hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Program Celik Membaca di SK Seri Negeri. Majlis dirasmikan oleh yang berusaha Encik Malek bin Abu Hassan, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Turut hadir sebagai memberi sokongan kepada program ini ialah yang berusaha, Tuan Haji Mohd Kamal bin Hashim, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi. SK Seri Negeri dengan jumlah muridnya seramai 1050 orang, terdapat murid yang tidak boleh kuasai 4M dan jumlahnya ialah seramai 106 orang. Oleh itu intervensi telah dilakukan dan dilaksanakan sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah supaya mereka nanti boleh membaca. Tahniah diucapkan kepada sekolah SK Seri Negeri kerana menyambut visi PPD untuk memastikan semua murid sebelum melangkah ke tahun 4 boleh menguasai 4M bagi murid yang normal. Semoga visi ini akan disambut oleh semua warga pendidikan di daerah Langkawi.