MAJLIS PELANCARAN PROGRAM CELIK MEMBACA

TARIKH: 14 SEPTEMBER 2022

MASA: 12.15 TENGAH HARI

TEMPAT: DEWAN CENDANA, SK SERI NEGERI

Pada hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Program Celik Membaca di SK Seri Negeri. Majlis dirasmikan oleh yang berusaha Encik Malek bin Abu Hassan, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Turut hadir sebagai memberi sokongan kepada program ini ialah yang berusaha, Tuan Haji Mohd Kamal bin Hashim, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi. SK Seri Negeri dengan jumlah muridnya seramai 1050 orang, terdapat murid yang tidak boleh kuasai 4M dan jumlahnya ialah seramai 106 orang. Oleh itu intervensi telah dilakukan dan dilaksanakan sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah supaya mereka nanti boleh membaca. Tahniah diucapkan kepada sekolah SK Seri Negeri kerana menyambut visi PPD untuk memastikan semua murid sebelum melangkah ke tahun 4 boleh menguasai 4M bagi murid yang normal. Semoga visi ini akan disambut oleh semua warga pendidikan di daerah Langkawi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.