TAKLIMAT PROGRAM TUISYEN PINTAR YPM-KPLB 2022
TARIKH: 15 SEPTEMBER 2022
MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT; BILIK MESYUARAT MRSM, LANGKAWI.

Pihak Yayasan Pelajaran Mara akan menganjurkan Program Tuisyen Pintar YPM-KPLB 2022 dengan kerjasama MRSM Langkawi. Program tuisyen ini akan dijalankan pada hari Sabtu sebanyak 7 kali pertemuan bermula 24 September 2022. Pelajar yang terlibat adalah seramai 100 orang pelajar Tingkatan 5 yang cemerlang terdiri daripada 4 buah sekolah iaitu SMK mahsuri, SMK Ayer Hangat, SMK Kelibang dan SMK Kedawang.
Diharapkan program ini dapat membantu pelajar-pelajar khususnya dalam daerah Langkawi terus meningkatkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan SPM 2022.