SEPAGI BERSAMA TAN SERI MOHD DAUD BIN BAKAR (TOKOH KEWANGAN ISLAM)
TARIKH : 31.10.2022
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : LANGKAWI, KEDAH SEMPENA PERHIMPUNAN PENGETUA MALAYSIA
LINK : 1. https://www.instagram.com/p/CkZkDfOv1yD/?igshid=OTU1ZGJlYWQ%3D
2. https://youtu.be/eDyOiG-_FL4 (Trailer Buku Kembara Ilmu Dari Sg. Korok ke St. Andrews)
3. https://youtu.be/cvzRrhBL3Ag (KEMBARA ILMU Dari Sg. Korok ke St. Andrews)
4. https://youtu.be/dFKcIK89WmY (ROYAL AWARD ISLAMIC FINANCE 2022 – Winner Profile Video)









Semalam saya selamat tiba di Langkawi hampir jam 9 malam. Pesawat lewat hampir 4 jam. Kesabaran hampir hilang.
Setelah sampai, rakan-rakan dari Pejabat Pendidikan Langkawi termasuk bekas rakan saya di Maktab Mahmud – Pengetua Cikgu Nazari dari Alor Mengkudu – bawa saya makan malam di kedai gulai ikan panas sebelah round about lapangan terbang. Anda hanya tunjuk apa jenis ikan yang telah disiang untuk dimasak. Kemudin kedai akan masak gulai ikan fresh. Saya tunjuk kepingan ikan jenahak dan gerut.
Masakannya enak sekali. Simple tapi puas. Sambil makan sambil saya memahami permasalaham persekolahan dan pendidikan di Pulau Langkawi. Pelbagai masalah dan cabaran anak bangsa.
Di waktu pagi tadi, tepat jam 7.20 pagi, saya dah bersiap nak berjalan di sekitar bandar Kuah menghirup angin laut segar. Terserempak dengan beberapa pegawai Pendidikan Langkawi di lobi hotel. Depa ajak makan roti canai kari ikan temenung seekor. Hati nak exercise pagi tapi tawaran ini agak unik. Hidup adalah permintaan dan tawaran. Saya terima tawaran. Saya batalkan rancangan berjalan pagi.
Kami semua makan pagi bawah pokok di sebelah kedai. Turut sama YBhg Dr Rafee Che Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Sambil makan dua keping roti canai dengan dua ekor ikan temenong, sambil saya mendapat info tentang banyak isu pendidikan nasional. Ini juga penting untuk mencari serbuk peledak saya dalam bicara saya pagi ini dalam persidangan Majlis Pengetua Malaysia jam 10.45 pagi nanti.
Memang Langkawi banyak tempat makan yang unik. Saya dapat juga berehat sedikit dalam kepadatan diari. Makan sosial juga satu terapi kesihatan.
Semoga para peserta Persidangan Pengetua Malaysia diberikan ilham dan kecekalan minda untuk lebih kuat dan bijak bekerja demi negara tercinta.
Sumber : Instagram Tan Sri Mohd Daud bin Bakar