PENGIKTIRAFAN “BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT” (BeSS)
TARIKH : 05 JANUARI 2023 (KHAMIS)
TEMPAT : KANTIN SK SERI NEGERI














Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Negeri di bawah kendalian syarikat Danlagi Enterprise telah layak bagi Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS) di daerah Langkawi. Tempoh pengiktirafan BeSS ini diberikan sehingga tahun 2025. Tahniah diucapkan kepada pihak syarikat dan pengurusan sekolah. Semoga kebersihan premis ini akan terus dikekalkan demi murid-murid di sekolah. ‘Keselamatan Makanan, Tanggungjawab Bersama’.