Majlis Apresiasi 2022/2023 SK Kilim
Tarikh: 13 Februari 2023 (Isnin)
Masa: 8.45 pagi
Tempat: Dewan Emerald SK Kilim
Majlis Apresiasi merupakan satu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam semua bidang yang diceburi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid cemerlang sekolah ini atas pencapaian yang sangat membanggakan. Kehadiran ibu bapa sangat baik dan memuaskan menunjukkan hunungan yang erat oleh warga sekolah dan para waris. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada SK Kilim atas kelancaran dan kesediaan untuk majlis tersebut.
