Monthly Archives: March 2023

PENARAFAN PGB BAHARU (PRIme)

Taklimat kepada PGB baharu telah diadakan pada 6 Mac 2023 melibatkan 2 orang Pengetua dan 4 orang Guru Besar.

Taklimat telah disampaikan oleh Tn Hj Azudin bin Mat melibatkan 3 bahagian iaitu;

1.Penarafan kendiri

2. Kolokium Prime

3.Abstrak

Kolokium peringkat daerah dijangka akan dijalankan pada bulan Jun 2023.Peserta terbaik akan dipilih mewakili daerah ke peringkat negeri.

PELANCARAN NARATIF ‘PAKAR’

Tarikh: 9 Mac 2023

Sasasan: Semua PGB

Pelancaran buku Naratif PAKAR telah disempurnakan oleh Tuan PPD Langkawi. Objektif buku ini ialah sebagai panduan dan pemudahcara kepada barisan SLT sekolah untuk merancang dan mengurus program sekolah dengan lebih berkesan.

Majlis dimulakan dengan pembentangan hala tuju dan Perancangan Strategik Organisasi PPD/Perancangan Taktikal 2023/2024. Setiap sekolah diharapkan dapat melaksanakan PSO sekolah seiring dengan hasrat PSO PPD Langkawi.

BENGKEL PEMBUGARAN PAK-21 DAERAH LANGAKWI 2023

Tarikh : 5-7 Mac 2023

Masa:8:30pg- 5.00 ptg

Tempat: Bilik Gemilang PPD Langkawi

Objektif:

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman SLT tentang PAK-21.

2. Menimbulkan kesedaran SLT tentang kepentingan pelaksanaan aktiviti PAK-21 dalam PdP Guru

3. Memastikan aktiviti PAK-21 dirancang dan dilaksanakan secara sepenuhnya di semua sekolah di bawab PPDL

4. Memastikan penyeliaan dan pemantauan kendiri berlaku secara berterusan di semua sekolah di bawah PPDL

Maklumat lanjut dan kandungan bengkel boleh di dapati melalui padlet yang disediakan melalui link berikut:

https://padlet.com/asmasisclangkawi/bengkel-pembugaran-pak-21-daerah-langkawi-8esxbt8b4szzr3gk