Author Archives: ptspmppdl

MAJLIS SERAHAN BANTUAN BEG SEKOLAH KEPADA MURID B40 TERPILIH SUMBANGAN LIONS CLUB LANGKAWI

TARIKH : 13.2.2023

MASA : 10:00 PAGI

TEMPAT : BILIK SEMINAR, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LANGKAWI

KEHADIRAN :

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LANGKAWI

  • PUAN NORSALIZA BINTI ABDUL GHAFAR – TIMBALAN PEMBANGUNAN MURID PPD LANGKAWI
  • PUAN SALAWATI BINTI SAAD – PENOLONG PPD HAL EHWAL MURID
  • ENCIK MOHD HILMI BIN CHE YUSOF – PENOLONG PPD HAL EHWAL MURID
  • ENCIK MUHAMMAD ASHRAF IKMAL B MOHD RODZI – PEMBANTU TADBIR

WAKIL DARI LIONS CLUB

  • YVONNE LIM MI LENG
  • LIM SIAK WENG
  • JOE CHEAH CHANG JOO
  • EVERLYN LEE EI TING

WAKIL DARI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

  • 29 BUAH SEKOLAH

PENGIKTIRAFAN “BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT” (BeSS)

TARIKH : 05 JANUARI 2023 (KHAMIS)

TEMPAT : KANTIN SK SERI NEGERI

Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Negeri di bawah kendalian syarikat Danlagi Enterprise telah layak bagi Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS) di daerah Langkawi. Tempoh pengiktirafan BeSS ini diberikan sehingga tahun 2025. Tahniah diucapkan kepada pihak syarikat dan pengurusan sekolah. Semoga kebersihan premis ini akan terus dikekalkan demi murid-murid di sekolah. ‘Keselamatan Makanan, Tanggungjawab Bersama’.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM CELIK MEMBACA

TARIKH: 14 SEPTEMBER 2022

MASA: 12.15 TENGAH HARI

TEMPAT: DEWAN CENDANA, SK SERI NEGERI

Pada hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Program Celik Membaca di SK Seri Negeri. Majlis dirasmikan oleh yang berusaha Encik Malek bin Abu Hassan, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Turut hadir sebagai memberi sokongan kepada program ini ialah yang berusaha, Tuan Haji Mohd Kamal bin Hashim, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi. SK Seri Negeri dengan jumlah muridnya seramai 1050 orang, terdapat murid yang tidak boleh kuasai 4M dan jumlahnya ialah seramai 106 orang. Oleh itu intervensi telah dilakukan dan dilaksanakan sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah supaya mereka nanti boleh membaca. Tahniah diucapkan kepada sekolah SK Seri Negeri kerana menyambut visi PPD untuk memastikan semua murid sebelum melangkah ke tahun 4 boleh menguasai 4M bagi murid yang normal. Semoga visi ini akan disambut oleh semua warga pendidikan di daerah Langkawi.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAHKU SEJAHTERA: SEPAKAT DAN SELAMAT

TARIKH: 18 OGOS 2022

MASA: 8:30 – 10:30

TEMPAT: BILIK SEMINAR, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LANGKAWI

Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat Dan Selamat bertujuan untuk memantapkan kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya dengan penglibatan pihak PDRM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Majlis pelancaran berlangsung serentak seluruh negara. Pada majlis ini juga menyaksikan pelancaran Portal Aduan Buli. Majlis dirasmikan oleh Superintendan Samsulmuddin bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi. Turut bersama dalam majlis ini, Ketua AADK Daerah Langkawi, Wakil MCPF (Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia) dan juga wakil PIBKS.

PEMANTAUAN PERSEKOLAHAN PENGGAL KETIGA 2021/2022

TARIKH : 9 Januari 2022

MASA : 7.20 pagi -1.30 petang

TEMPAT : SK SUNGAI MENGHULU

PEMANTAU : MOHAMAD HILMI BIN CHE YUSUF ( PENOLONG PPD HEM)

RUMUSAN AKTIVITI :

Pemantauan pengoperasian buka sekolah penggal ketiga sesi 2021/2022 untuk memastikan sekolah mematuhi :

  • Pengurusan sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.
  • Persekitaran sekolah yang selamat bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid sepanjang mereka berada di sekolah.
  • Proses PdP dilaksanakan dalam keadaan selamat.
  • Garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0
  • Lampiran

5.1 Instrumen Pemantauan Persekolahan Penggal Ketiga Sesi 2021/2022
https://drive.google.com/file/d/1gXpnBfv1B4yp0xZi2Zi51g_Fcu06UnEF/view?usp=sharing

5.2 Garis panduan Pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0
https://drive.google.com/file/d/19FQYNcCeL5pkriU_P0y9eDj-kHBROLqY/view?usp=sharing

5.3 Rumusan Pengoperasian Sekolah Penggal 3 2022
https://drive.google.com/file/d/1ofc3vZvvJp4oWq62Dg-25xUKNPbmwdhD/view?usp=sharing

5.4Link Kehadiran Murid 9 Jan 2022

Sekolah Rendah
https://forms.gle/bsTGWhN5rVSRLy9L9

« Older Entries