Author Archives: azudinbinmat

PENARAFAN PGB BAHARU (PRIme)

Taklimat kepada PGB baharu telah diadakan pada 6 Mac 2023 melibatkan 2 orang Pengetua dan 4 orang Guru Besar.

Taklimat telah disampaikan oleh Tn Hj Azudin bin Mat melibatkan 3 bahagian iaitu;

1.Penarafan kendiri

2. Kolokium Prime

3.Abstrak

Kolokium peringkat daerah dijangka akan dijalankan pada bulan Jun 2023.Peserta terbaik akan dipilih mewakili daerah ke peringkat negeri.

PELANCARAN NARATIF ‘PAKAR’

Tarikh: 9 Mac 2023

Sasasan: Semua PGB

Pelancaran buku Naratif PAKAR telah disempurnakan oleh Tuan PPD Langkawi. Objektif buku ini ialah sebagai panduan dan pemudahcara kepada barisan SLT sekolah untuk merancang dan mengurus program sekolah dengan lebih berkesan.

Majlis dimulakan dengan pembentangan hala tuju dan Perancangan Strategik Organisasi PPD/Perancangan Taktikal 2023/2024. Setiap sekolah diharapkan dapat melaksanakan PSO sekolah seiring dengan hasrat PSO PPD Langkawi.

BIMBINGAN (C&M) DAN KUNJUNG BANTU KEPADA SLT

Tarikh: 1 hingga 5 Januari 2023

Sasaran: Guru Besar dan Penolong Kanan (SLT)

Objektif:

1. Mempertingkatkan kompetensi SLT

2. Memantau dan melihat pelaksanaan program yang telah dilaksanakan (PDCA)

3.Memastikan sekolah bersiapsiaga (pembukaan semula sekolah) setelah 3 minggu bercuti.

1 Januari 2023 – SK Kuala Teriang, SK Nyior Chabang, SK Langkawi (Hari Pertama pembukaan sekolah) sesi penggal 3

4 Januari 2023 – SK Ulu Melaka

5 Januari 2023 – SK Penghulu Ahmad

BENGKEL KERJA PENYELARASAN DTP AMAN DI BAWAH PROGRAM TS25 KPM 2022

Tarikh: 13 November 2022

Tempat: PPD Langkawi

Sasaran: 8 buah sekolah DTP Aman

Penyelaras program: En Zainon bin Yon

Pembimbing: Hj Azudin bin Mat (SIP+)

Program ini dihadiri oleh Yg Berbahagia Datuk Dr Mistirine bt Radin,Pengarah Profesionalisme Guru,KPM .

Tuan PPD Langkawi,Tn Hj Mohd Kamal bin Hashim telah menyampaikan aluan dan perjalanan DTP – Aman sepanjang program ini berlangsung di daerah Langkawi.

Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan perjalanan program DTP Aman sepanjang tahun 2018 hingga 2020.

8 buah sekolah yang terlibat telah membuat pembentangan berdasarkan program dan impak daripada pelaksanaan.

8 buah sekolah ini akan diserapkan mengikuti Program TS25 menjelang tahun 2023 hingga 2025.

« Older Entries