26 Jun 2022 | 10:00 am- 12.00tgh. | Bilik Gerakan PPD Pasir Mas
Rombongan PPD Langkawi disambut mesra oleh tuan rumah PPD Pasir Mas yang diketuai oleh En Zamakhsyari bin Mohamad Zawawi , Timbalan Perancangan PPD Pasir Mas Kelantan.
MOU telah disempurnakan oleh Pn Norsaliza Abd Ghafar ( PPD Langakwi) dan En Zamakhsyari Mohd Nawawi ( PPD Pasir Mas)Sesi Perkongsian amalan terbaik antara dua daerahHidangan istimewa dari tuan rumah PPD Pasir Mas
Dalam mencari idea, kemahiran, pengetahuan baru yang pelbagai maka elemen perkongsian amalan terbaik perlu dipraktikkan supaya dapat menghasilkan inovasi serta kepelbagaian kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran.
Amalan Terbaik PdP Perniagaan dari PPD Langkawi
Cikgu Nirhafizah binti Md Saleh dari SK Kelibang
Amalan Terbaik PdP Perniagaan dari PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Cikgu Izham bin Ismail Dari SMK Permatang Tok Jaya
Terima kasih kepada Pn Norsaliza Abdul Ghafar atas kesudian melengkapkan MOU antara PPDL dengan PPDSU.
Jutaan terima kasih kepada Pn Azliza Babji dan rakan-rakan guru perniagaan dari PPD Seberang Perai Utara atas kesudian datang sebagai tetamu kami di PPD Langkawi.
Program ini telah dilihamkan oleh Tn Hj Zamri Abd Majid , Guru Besar SKLC bersama Panitia Pahasa Inggeris. Program ini melibatkan semua murid bermula murid pra sekolah hingga murid tahun 6.
Tujuan utama adalah untuk membantu murid menguasai komunakasi dalam Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian seterusnya meningkatkan pencapaian BI mereka.
Running Test: Mentor mengendalikan program dalam kelas
Program ini bermula pada setiap pagi jam 7:30 hingga 8:00 pagi. Rasionalnya adalah bagi mengisi ruang waktu murid yang kosong pada ketika itu sebelum PdP berlangsung pada jam 8.
Perlaksanaan
Murid tahap 2 yang mempunyai tahap pengusaan Bahasa Inggeris yang baik ditugaskan untuk menjadi mentor kepada pelajar lain. Setiap kelas akan dibekalkan 2 orang mentor yang akan menggunakan modul Wave of English oleh Hj Ismail Ibrahim.
PLC ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif Unit TVET SMKAH dengan bimbingan Unit TVET Sektor Pembelajaran PPD Langkawi bagi memantapkan dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru. Usaha ini adalah untuk memastikan bahawa guru dapat melaksanakan PdP yang menyeronokkan bagi menarik minat murid untuk belajar. Selanjutnya menghasilakan PdP berkesan yang mampu meningkatkan pencapaian murid.
Pendekatan PdP guru adalah unik dan berbeza antara satu sama lain dari segi gaya pemikiran, pemilihan kaedah penyampaian dan cara pelaksanaannya sehingga mampu mempengaruhi tingkah laku individu. Seringkali kejayaan atau kegagalan murid dikaitkan dengan kaedah PdP guru dalam kelas. Hal ini disokong oleh Kiamsin dan Tosy Tan (2018) yang mengatakan bahawa pemilihan kaedah pengajaran sangat bergantung kepada minat murid . Oleh sebab itu, kebijaksanaan pemilihan gaya pengajaran guru bagi menyesuaikan dengan gaya pengajaran murid sangat diperlukan. Maka disarankan supaya guru untuk mengaplikasikan PAK-21 dalam PdP harian mereka. PdP PAK-21 lebih kepada berpusatkan murid. Aktiviti pembelajaran disediakan bagi menggalakan penglibatan aktif murid dalam kelas disamping membantu murid untuk membina soft skills dan kemahiran memimpin terutama dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan.
Sesi perkongsian hari ini lebih kepada untuk memberi pendedahan kepada guru dalam menggunakan teknik baharu dalam PdP. Semoga perkongsian ini dapat membuka ruang kepada guru lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan PdP dalam bilik darjah.
Cikgu Asma binti Saad – SISC+ TVET PPDL : Interactive Learning- Creating interactive and animated content using GeniallyCikgu Sharifah Norhayati binti Syed Matdzol -GPM RBT : Kaedah Jigsaw dalam PAK-21Cikgu Nor Rohaila bt Roslan- KO RBT : Flipped Classroom dalam PAK-21