Author Archives: Cikgu Jimi

Taklimat Jawatankuasa Pengelolaan dan Kursus Kepegawaian Kejohanan Merentas Desa MSSDL dan Kejohanan Merentas Desa MSS Pendidikan Khas Daerah Langkawi 2022

TARIKH : 30 MEI 2022
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 12.00 TGH
TEMPAT : BILIK SEMINAR PPDL
PENGANJUR : SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Langkawi (MSSDPL) dan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pendidikan Khas (MSSPK) akan diadakan pada 2 Jun 2022 (Khamis). Sehubungan itu, satu taklimat telah disampaikan kepada semua pegawai dan AJK kejohanan). Taklimat disampaikan oleh En Mohd Fahmi Bin Adnan, Pegawai Unit Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid.

Taklimat merangkumi aspek teknikal, perjalanan program dan persediaan-persediaan lain yang perlu sebelum kejohanan.

BENGKEL PENGINTEGRASIAN PENDIDIKAN DIGITAL USTP JPN KEDAH

Tempat : Bilik Kenanga, SSTP JPN Kedah

Tarikh : 29 – 31 Mac 2022

Pembimbing : Semua pegawai SSTP JPN Kedah

Peserta : Semua pegawai USTP PPD Negeri Kedah

Satu siri bengkel telah dijalankan di SSTP JPN Kedah bagi memastikan gerak kerja Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) di PPD selari dengan hala tuju Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) di JPN Kedah dan seterusnya BSTP dan KPM. Aspek yang akan ditaklimatkan merangkumi topik berikut :

  1. Penetapan PSO SSTP 2020
  2. Aktiviti Pendidikan Digital di Sekolah
  3. Teknik Penyiaran Secara Langsung dan Teknik Rakaman
  4. Bengkel Mentoring dan Coaching
  5. Minecraft dalam PdP Guru
  6. Amalan Terbaik Aplikasi Portal DELIMa
  7. Perpustakaan Digital/ Piawaian Pusat Sumber / Penilaian Instrumen PSS
  8. IQ Nilam / Bengkel Tabiat Membaca
  9. Media dan Inovasi Pendidikan

Lawatan Kunjung Bantu SSTP ke SK Kedawang

Tempat : SK Kedawang

Tarikh : 23 Mac 2022

Pembimbing :

  1. Encik Zahri Bin Awang – SSTP JPN KEDAH
  2. Encik Roslan Bin Ramli – SSTP JPN KEDAH
  3. Encik Idrus Bin Mat – SSTP JPN KEDAH
  4. Mohd Syuhaimi Bin Abu – USTP PPD Langkawi

Satu sesi lawatan kunjung bantu pendidikan digital telah diadakan oleh beberapa orang pembimbing dari SSTP ke SK Kedawang bagi melihat sendiri sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dari aspek pendidikan digital.

Sesi lawatan merangkumi lawatan ke pusat akses dan makmal komputer. Hasil lawatan mendapati sekolah melengkapi keperluan instrument pemantauan SSTP dan layak mewakili daerah untuk pertandingan Pusat Akses Cemerlang di Anugerah DUTA.

Satu sesi latihan juga diadakan berkenaan penggunaan Microsoft Teams sebagai satu medium pengurusan.

kehadiran latihan Microsoft Teams

  1. Encik Amiruddin Bin Haji Mat, Guru Besar
  2. Puan Bibi Binti Ibrahim,PK Pentadbiran
  3. En Rizazul Bin Ismail, PK Hal Ehwal Murid
  4. En Shukeri Bin Rokhani, PK Kokurikulum
  5. Puan Norazah Bin Aziz, Guru Penyelaras Bestari
  6. Puan Faizatul Husna, Penyelaras DELIMa
  7. Encik Munir Bin Suib, AJK Unit ICT

PEMANTAUAN PENGOPERASIAN PERSEKOLAHAN PENGGAL KETIGA SESI 2021/2022

Tarikh: 09 Januari 2022

Masa: 7:05 pagi hingga 01.15 petang

Tempat: SK Kelibang

Guru Besar : Ahmad Sufian Bin Abdul Rahman

Pemantau: Mohd Syuhaimi Bin Abu, Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan

Rumusan aktiviti:
Pemantauan pengoperasian buka sekolah penggal ketiga sesi 2021/2022 untuk memastikan sekolah mematuhi :

  1. Pengurusan sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar mengikut SOP yang ditetapkan KPM
  2. Persekitaran sekolah yang selamat bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid sepanjang mereka berada di sekolah
  3. Proses PdPC dilaksanakan dalam keadaan kondusif dan terancang
  4. Garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0

Taklimat Pelaksanaan Digital Competency Score (DCS) untuk semua Guru Penyelaras Bestari/ICT (GPB/GICT) 2021

Tarikh : 15 November 2021
Masa : 2.30 hingga 4.30 ptg
Tempat : PKG Kuah
Kehadiran : Semua Guru Penyelaras Bestari/ICT

Digital Competency Score (DSC) adalah satu program latihan secara dalam talian untuk murid-murid tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bagi meningkatkan tahap kompetensi murid mengenai kemahiran TMK yang diperlukan dalam dunia hari ini. Program ini dijalankan setiap tahun dan sijil yang diperolehi murid boleh menyumbang mata dalam PAJSK.

Berikut adalah keperluan minima untuk semua sekolah

Sekolah Rendah
Tahun 6 : 40 orang

Sekolah Menengah
Tingkatan 3 : 40 orang
Tingkatan 5 : 40 orang

Sekolah kurang murid : minima 5 orang murid.

Taklimat yang diadakan adalah taklimat pembugaran semula memandangkan taklimat awal telah disampaikan oleh BPSH melalui saluran Youtube pada 30 Julai 2021.

« Older Entries