hambo63
Ziarah Cakna di Langkawi dapat liputan media




Ziarah Cakna selamat dilancarkan !

Perasmian Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi pada Ahad, 27 Januari 2019 berlangsung dengan jaya.
Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Tuan Shaari bin Osman.
Klik gambar untuk menonton berita majlis perasmian di TV1
Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat, Juhari Bulat, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Abd Aziz bin Selaiman, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kedah, Encik Marzuki bin Daud dan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Encik Halid bin Ali.
Seramai 150 tetamu terdiri Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan guru, Penghulu Mukim, Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung dan imam turut hadir.
Program disusuli dengan ziarah cakna ke rumah pelajar di Kampung Buluh Penyumpit, Taman Dahlia dan Langkawi Mall.




Semak Online Tingkatan 4 SBP 2019
Kepada yang memohon boleh membuat semakan di portal Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penerangan Ziarah Cakna di LangkawiFM
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Tn Hj Marzuki Daud di temubual oleh DJ Muhammad Hj Hanafi di stesen radio LangkawiFM pada Sabtu, 26 Januari 2019, mulai 09.15 hingga 09.45 pagi.