Author Archives: hasrina hassan

BENGKEL KERJA PEMBUGARAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) DAERAH LANGKAWI TAHUN 2022

TARIKH : 01 OGOS 2022

HARI : ISNIN

TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) KUAH

Bengkel kerja KSPK ini telah dihadiri oleh 31 orang guru prasekolah daerah Langkawi. Bengkel telah dibimbing oleh empat orang Jurulatih Utama Prasekolah daerah.

Bengkel dilaksanakan dengan membuat pembugaran rancangan pengajaran harian melibatkan Sivik, CEFR dan PKJR.

KUNJUNG BANTU KELAS PEMULIHAN KHAS DI SK EWA

TARIKH : 20 JULAI 2022

MASA : 08:30 PAGI HINGGA 01:30 PETANG

GURU PEMULIHAN KHAS : CIKGU INTAN MASRINA BINTI MAHADZIR

Kunjung bantu dilaksanakan di kelas pemulihan khas SK Ewa melibatkan 5 orang guru pemulihan khas daerah secara gotong royong. Guru-guru membantu mengecat luar kelas dan membuat bahan bantu mengajar. Program ini akan dilaksanakan pada 2 buah sekolah seterusnya iaitu di SK Padang Matsirat dan SK Penghulu Ahmad.

MAJLIS PERSARAAN GURU PEMULIHAN KHAS

TARIKH : 14 JUN 2022

HARI : SELASA

TEMPAT : HOTEL GREENISH, KUAH

Majlis “Sanjungan Budi Rimbunan Kasih” diadakan bagi menghargai mantan guru pemulihan khas SK Sungai Menghulu iaitu Cikgu Shuib bin Yusof yang telah bersara pada 01 Jun 2022 bertempat di Hotel Greenish, Kuah. Majlis telah dihadiri oleh semua guru pemulihan khas daerah serta pegawai SISC+ iaitu Puan Zainab binti Mohamed Said dan Puan Asma binti Saad.

BIMBINGAN & SOKONGAN SIO SJKT LADANG SG RAYA

TARIKH : 13 JUN 2022

HARI : ISNIN

Bimbingan dan sokongan dilaksanakan bersama-sama Tuan Guru Besar Encik S. Vadivel tentang SKPMg2 Standard 1 Kepimpinan. Di samping itu, Pusat Sumber Sekolah SJKT Ladang Sg Raya juga dicalonkan sebagai PSS kategori SKM terbaik peringkat negeri. Persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih dan kondusif.

Projek sayur-sayuran dan kolam ikan talapia.

« Older Entries