Author Archives: hasrinamoe

BENGKEL JUSTIFIKASI DATA PEMULIHAN KHAS DAERAH LANGKAWI 2021

TARIKH : 11 APRIL 2021

HARI : AHAD

MASA : 2:30-5:00 PETANG

TEMPAT : BILIK GEMILANG 1, PPD LANGKAWI

Bilangan Peserta : 18 orang guru pemulihan khas

Objektif :

Bengkel diadakan bertujuan untuk mendapatkan justifikasi data murid pemulihan khas Tahun 2 hingga Tahun 6 yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M. Guru-guru pemulihan khas diminta mengenalpasti sebab atau punca serta intervensi yang telah dan akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

KUNJUNG BANTU BIMBINGAN PEMULIHAN KHAS DI SK NYIOR CHABANG

Tarikh : 24 MAC 2021

Hari : Rabu

Masa : 10.45-11.45 pagi

Objektif :

Kunjung bantu bimbingan pemulihan khas dilaksanakan untuk membantu guru pemulihan khas menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang bersesuaian di samping membimbing guru menjalankan PdPC yang menarik dan akan memberi impak positif kepada murid-murid pemulihan. Murid-murid seronok menjalankan aktiviti yang disediakan guru menggunakan teknik didik hibur dan penggunaan kad-kad huruf vokal yang kreatif. Guru pemulihan khas SK Nyior Chabang ialah Cikgu Nurul Hazwani bt Md Arof.