Lawatan pemantauan pembukaan sekolah tahun 3, 4, 5 & 6. Pihak sekolah telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan SOP dipatuhi oleh semua warga SK Kuala Teriang. Tahniah kepada semua warga SK Kuala Teriang.
Program Jejak Cicir ini melibatkan semua sekolah rendah dan menengah yang terdapat di Langkawi. Pada awal Mac yang lalu, semua sekolah telah dibekalkan dengan data untuk menjejak keberadaan murid semasa. Setelah dikenalpasti keberadaan murid yang dikelaskan mengikut kategori tertentu, murid-murid yang tergolong dalam kategori cicir sahaja diberikan perhatian untuk mencari intervensi yang sesuai untuk membantu murid-murid ini kembali bersekolah. Setelah JK peringkat sekolah diberi masa yang agak panjang, data juga dikemaskini dari semasa ke semasa untuk semakan pihak JPN dan KPM maka pada 21 Oktober 2020, bertempat di Dewan Seminar, PPD Langkawi semua wakil dari setiap sekolah iaitu PK HEM dan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah dijemput untuk berbengkel dan membentangkan hasil carian dan intervensi mereka mengikut sekolah masing-masing.
Sekolah-sekolah yang terpilih untuk membentangkan hasil jejak cicir dan intervensi mereka ialah :
SMK Mahsuri
SMK Kedawang
SMK Ayer Hangat
SMK Langkawi, Pulau Tuba
SMK Kelibang
SMK Tunku Putra
SK Kedawang
SK Nyior Chabang
SK Penghulu Ahmad
SK Seri Lagenda
Pembentangan pada hari tersebut telah disediakan oleh PK HEM mahupun Guru Bimbingan dan Kaunseling dari sekolah-sekolah berkenaan. Hasil pembentangan yang bersungguh-sungguh daripada setiap sekolah yang terpilih telah memberikan pelbagai manfaat kepada semua wakil sekolah yang hadir dan dapat dijadikan panduan dan persediaan kepada sekolah-sekolah lain jika diminta membuat pembentangan pada tahun hadapan.
Pihak PPD Langkawi ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang hadir dan komited dalam menggalas tanggungjawab berat ini terutamanya sekolah-sekolah yang terpilih untuk menjadi pembentang dalam program kita pada kali ini. Syabas, tahniah, sesungguhnya kecemerlangan itu terserlah.
PENCERAMAH : EN. ISMAIL BIN MAN DAN EN. MOHD IZWAN BIN IDRIS
BAHAN POWERPOINT
KEHADIRAN
Taklimat dan bengkel ini bertujuan untuk menerangkan dan memastikan segala urusan berkaitan pengurusan murid di sekolah berjalan lancar dan sistematik
Aktivit Berkumpulan – Catatkan semua aktiviti yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang melibatkan pengurusan murid yang ada hubungkait dengan Sektor Pengurusan Sekolah di PPD Langkawi.
Pengurusan Fail.
Borang (PU(A)275).
Permohonan kemasukan murid bukan warganegara.
Borang ASBS.
Rayuan belajar semula (RBS)
Keberadaan murid
Permohonan ke sekolah khusus.
Edaftar Rendah Pendaftaran Tahun 1 2021.
Kelonggaran syarat kemasukan awal tahun 1 2021.
Pertukaran Aliran (SJK (C) & SJK (T).
Tindakan sekolah: Pihak sekolah perlu membuat persediaan untuk Taklimat Dan Bengkel Pembentangan Pelaksanaan Jk Program Sifar Murid Cicir Rendah Dan Menengah Peringkat Daerah Langkawi pada 21 Oktober 2020.