Author Archives: kunorpazli

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAERAH LANGKAWI TAHUN 2021

Tarikh :29 September 2021

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Stesen kerja masing-masing (Platform You Tube)

Majlis Sambutan Hari Guru Daerah Langkawi

Koir Hari Guru
Bacaan ikrar diketuai oleh Yang Berusaha Encik Azhari bin Abdul Rashid
Tokoh Guru Tahun 2021 Tn Haji Din bin Ibrahim
Majlis Penyampaian Hadiah
Anugerah Sanjungan Budi

Majlis Sambutan Hari Guru Daerah Langkawi telah diadakan menerusi Platform You Tube pada 29 September 2021.Sebanyak 58 kategori hadiah dan sijil telah disediakan. Tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah dan sijil.Tuan Haji Din bin Ibrahim telah dipilih menjadi tokoh guru bagi daerah Langkawi bagi tahun 2021.

Ziarah Cakna BSN Bersama-sama PIBKS Daerah Langkawi Ke Pulau Tuba

Pada 27.09.2020 telah diadakan ziarah cakna BSN bersama-sama PIBKS daerah Langkawi ke Pulau Tuba. Rombongan ziarah telah bertolak dari Jeti Pekan Rabu pada jam 12.30 tgh dan tiba di Pulau Tuba pada jam 1.00 ptg. Pihak Pengurusan SK Pulau Tuba telah membawa ahli rombongan ke tiga buah rumah anak-anak murid SK Pulau Tuba yang terpilib. Pihak BSN telah menyampaikan sumbangan kepada ketiga-tiga buah keluarga berkenaan. Diharap sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit kos sara hidup keluarga.

Rombongan ziarah cakna dalam perjalanan ke Pulau Tuba
Ziarah cakna BSN di rumah pertama
Ziarah cakna BSN di rumah kedua
Ziarah cakna BSN di rumah ketiga
Terima Kasih BSN dan JPNK

Penataran E-Pelaporan PIBKS 2020 Daerah Langkawi.

Pada 27.09.2020 telah diadakan Taklimat Penataran E-Pelaporan PIBKS 2020 bagi daerah Langkawi.Taklimat ini diadakan di bilik seminar PPDL bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tgh.Taklimat ini telah dihadiri oleh Penolong Kanan HEM, Setiausaha dan Bendahari PIBG sekolah-sekolah daerah Langkawi.Pihak BSN dan SPRM juga telah turut serta memberi taklimat kepada semua hadirin.

Taklimat E-Penataran PIBKS tahun 2020
Taklimat oleh BSN
Taklimat oleh SPRM
Wakil BSN Negeri Kedah Darul Aman
Wakil JPN Negeri Kedah dan PPD Padang Terap
Terima Kasih BSN,SPRM dan JPNK menjayakan Taklimat e-Pelaporan PIBKS 2020 dan ziarah cakna BSN ke Pulau Tuba

Kolaborasi Aktiviti Pengakap PPKI Bersama Pengakap Kelana Daerah Langkawi.

Tarikh :22.10.2019

Masa:8.00 pagi

Tempat:SK Ulu Melaka

Program ini disertai oleh murid-murid PPKI daerah Langkawi,guru-guru pengiring dan pembantu pengurusan murid dan pengakap Kelana.

Aktiviti yang dijalankan telah berjaya menarik minat semua murid yang hadir.Mereka turut menyediakan masakan murtabak maggi dan sandwich.Acara berpasukan turut diadakan iaitu panjat tali,kawad asas dan pasang khemah.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama menjayakan program ini.

Majlis Anugerah Cemerlang Pendidik Tadika Swasta Daerah Langkawi 2019

Tarikh:22.10.2019

Masa:8.15 malam

Tempat:Auditorium Galeria Perdana

Majlis Anugerah telah dirasmikan oleh Tn Haji Ahmad Shukri Shafie,Ketua Sektor Swasta Pendidikan Khas JPN.Sebanyak 15 tadika terlibat dalam menjayakan majlis ini.Turut hadir ialah En Halid Ali, Pegawai Pendidikan Daerah,Tn Haji Mohamad Najib Hj Adnan,Pegawai Tadbir Galeria,Tn Haji Abdullah Sani Long,KPP Swasta dan rakan pegawai swasta JPN.

Majlis telah berjalan lancar dengan adanya kerjasama semua pihak.

« Older Entries