Author Archives: norzilah72

‘Team Building’ Pegawai dan AKP PPD Langkawi 2019

Tarikh : 11 hingga 12 Oktober 2019

Masa : 3 petang (Jumaat hingga 5.00 petang Sabtu)

Tempat : Pulau Jemuruk, Langkawi

Sasaran : Semua Pegawai dan AKP PPD Langkawi

(Kehadiran : 36 orang pegawai, AKP dan 3 orang Jurulatih Pusat Kokurikulum Ewa)

Program ini diadakan untuk meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan dan kemahiran kepemimpinan dalam kalangan pegawai dan AKP PPD Langkawi.Tahniah dan terima kasih untuk komitmen semua pegawai dan AKP yang terlibat.

#Mencari persamaan dalam pelbagai perbezaan…

#Team Building Pulau Jemuruk Langkawi…

Pelancaran dan Bengkel Kesejahteraan Psikologi #3A Peringkat Daerah Langkawi.

Pada 10 Oktober 2019 (khamis), bermula jam 9 pagi hingga 2.00 petang di Bilik Seminar , PPD Langkawi telah dilaksanakan Bengkel #3Agurusejahtera kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Langkawi (29 orang) dan telah dilancarkan oleh Tuan PPD Langkawi, Encik Halid bin Ali. Fasilitator terdiri daripada Kaunselor Daerah Kubang Pasu dan Daerah Baling. Sebanyak sebelas modul Kesejahteraan Psikologi telah dikongsi bersama PGB. Semoga melalui bengkel perkongsian ini dapat membantu ke arah kesejahteraan psikologi warga pendidikan di Pulau Langkawi.