Author Archives: pianrasa

bengkel kerja pelan strategik organisasi (PSO) ppd langkawi 2021 – 2025 bil 1 tahun 2020

TARIKH : 03 NOVEMBER 2020

MASA : 08.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG

TEMPAT : DEWAN SEMINAR, PPD LANGKAWI

PESERTA : SEMUA PEGAWAI

PENYAMPAI : PEN. PPD PERANCANGAN, EN. AHMAD SUFIAN BIN ABDUL RAHMAN

PESERTA : SPLKPM

Alignment PSO 2021 – 2025

Bengkel kerja siri 1/2020 bertumpu kepada 3A iaitu ‘Alignment’, ‘Autonomy’ dan ‘Accountability’. ‘Alignment’ merujuk kepada deskripsi tugas, punca kuasa, arahan semasa yang perlu dilaksanakan oleh pegawai di dalam organisasi. Alignment yang paling utama merujuk kepada Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

PSO PPDL 2021 – 2025 dirancang bagi tempoh 5 tahun dengan tumpuan diberikan kepada teras Kualiti Kepimpinan, Teras Kualti Pengajaran, Teras Kemenjadian Murid dan Teras Sistem Sokongan Sekolah (3S). 3S yang didokong oleh School Improvement Partner (SIP+), School Improvement Specialist Coaches (SISC+) dan School Improvement Office (SIO) merupakan sistem yang akan memberikan sokongan dan bimbingan kepada pihak sekolah (Teras Kualiti Kepimpinan, Teras Kualiti Pengajaran dan Teras Kemenjadian Murid). SIP+, SISC+ dan SIO akan memberikan bimbingan dan sokongan kepada Senior Leadership Team (SLT) dan Middle Leaders (ML) supaya mereka mampu dan dapat merancang, melaksana, menyemak dan membuat tindakan susulan kepada aktiviti – aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Antara agenda yang dijadikan kayu ukur (KPI) dan kriterian kejayaan

  • Kepimpinan Sekolah yang mampu melaksanakan proses Planning, Organizing, Leading dan Controlling (POLC) dengan berkesan.
  • Tenaga pengajar (guru) yang mampu PdPc berkesan dengan melaksanakan proses Plan, Do, Check dan Action (PDCA).
  • Semua murid yang menduduki SPM layak mendapat sijil menjelang 2025.
  • Kebitaraan Sekolah yang mampu mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa di dalam bidang.
  1. Akademik
  2. Koakademik
  3. Sukan

program transformasi daerah (dtp): Dialog prestasi sekolah rendah bil 3/2020

PPD menunjukkan Buku Panduan SKPMg2

Tarikh : 12 Oktober 2020

Masa : 08.30 pagi hingga 01.00 tengahari

Tempat : Gemilang 1, PPD Langkawi

Kehadiran

**SPL

SOAL SELIDIK

DAPATAN SOAL SELIDIK

DASHBOARD

**BORANG PENILAIAN DIALOG PRESTASI

BORANG MAKLUM BALAS DIALOG PRESTASI


FOKUS DIALOG

  • Kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sebelum dan selepas PKP
  • PBD : BMTM (3 tahun persekolahan) – PowerPoint
  • Murid dibuang sekolah

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP): SESI PELAPORAN PROGRES PELAKSANAAN AKTIVITI SEKOLAH AMAN TAHUN 2020

TARIKH : 05 OKTOBER 2020

MASA : 2.00 HINGGA 5.00 PETANG

TEMPAT: GEMILANG 2, PPD LANGKAWI

KEHADIRAN

SEKOLAH TERLIBAT : SK BAYAS, SK KILIM, SK PULAU TUBA, SK NYIOR CHABANG, SMK AYER HANGAT, SMK LANGKAWI, SMK TUNKU PUTRA DAN MAKTAB MAHMUD CAW. LANGKAWI

Program DTP – AMAN yang bermula dari tahun 2018 akan melabuhkan tirainya pada penghujung tahun 2020. Program selama 3 tahun ini banyak memberikan menfaat dan impak positif kepada cara bekerja secara berpasukan baik di PPD Langkawi mahu pun di sekolah. Dengan tunjuk ajar oleh LeapEd Coach, Miss Diane Young banyak kaedah yang dipelajari sebagai contoh pelaksaan PLC secara berkesan, 3A iaitu ‘Alignment’, ‘Autonomy’ dan ‘Accountability’ serta 3P iaitu ‘Policy’, ‘People’ dan ‘Process’. Melihat kepada ‘Big Picture’ dan susuli oleh ‘Backward Planning’ merupakan satu kaedah yang boleh dilaksanakan di dalam organisasi.

Sesi pelaporan melibatkan pembentangan oleh lapan buah sekolah yang berada di bawah Program DTP AMAN melibatkan perkara – perkara berikut

  1. Pembentangan perbelanjaan peruntukan yang telah diturunkan berserta bukti perbelanjaan. 
  2. Aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan (bergambar).
  3. Impak Program DTP – AMAN kepada warga sekolah.
  4. Hala tuju sekolah selepas tamatnya Program DTP – AMAN kelak.

TINDAKAN SUSULAN

Pihak sekolah perlu memurnikan persembahan PowerPoint (sebelum atau pada 12 Oktober 2020) dan juga mengemukakan bukti perbelanjaan (sebelum atau pada 19 Oktober 2020)

BENGKEL PENGURUSAN BIG DATA PPD LANGKAWI

TARIKH: 28 SEPTEMBER 2020

MASA: 09.00 PAGI HINGGA 01.00 TENGAHARI

TEMPAT: GEMILANG 2, PPD LANGKAWI

MEMO

KEHADIRAN SPLKPM

Bengkel bertujuan menyatukan data – data dari semua sektor agar dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan oleh pegawai (SIO) dalam usaha membantu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah.

Kemahiran yang dikongsi

  • Penyediaan tapak pengisian data
    • Kehadiran
    • UPSR
    • Guru
  • Google Data Studio
    • Create report
    • Add Data (google sheet)
    • Add Charts (table, bar)
    • Add Controls (Drop – down list)
    • Blend data

Semua peserta bengkel berjaya menggabungkan kesemua kemahiran di atas bagi menghasilkan dashboard di Google Data Studio.

Langkah seterusnya ialah untuk menghasilkan Dashboard bagi semua sektor dan akhirnya Dashboard PPD yang dapat menggabungkan kesemua data daripada semua sektor.

« Older Entries