Author Archives: PPD LANGKAWI-CM2 Moe

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH SJKC MIN NAM

TARIKH: 9 FEBRUARI 2022

MASA: 11.30 PAGI

TEMPAT: DEWAN SJKC MIN NAM

Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah telah diadakan secara ringkas dan sederhana tetapi meriah dan mematuhi SOP. Murid kelihatan sangat gembira dan teruja dengan persembahan tarian singa yang dipersembahkan sendiri oleh murid SJKC Min Nam. Di akhir majlis, murid telah diberikan ang pau dan limau sumbangan Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG. Penglibatan pelbagai kaum dan satu bentuk jaringan silang budaya yang wajar dicontohi. Tahniah SJKC Min Nam atas penganjuran majlis yang sangat baik. GONG XI FA CHAI

Video majlis versi TikTok. Terima kasih Cikgu Lim

BENGKEL PEMINDAHAN ILMU DAN PENGURUSAN PENTADBIRAN PERPUSTAKAAN

TARIKH: 9 – 10 NOVEMBER 2021

TEMPAT: SK LUBUK CHEMPEDAK

PENGLIBATAN: 16 Guru Perpustakaan dan Media Baharu Daerah Langkawi

Bengkel Pemindahan Ilmu Dan Pengurusan Pentadbiran Perpustakaan ini adalah anjuran Unit Sumber Dan Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru perpustakaan dan media yang baharu dilantik terutamanya dalam kemahiran pengurusan pusat sumber sekolah.

Seramai 16 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah daerah Langkawi yang baharu dilantik terlibat dalam bengkel ini. Penceramah terdiri dari pakar pengurusan perpustakaan iaitu Pegawai Perpustakaan dari Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu:

  1. En Mohd Razalli bin Ahmad Termizi
  2. Pn. Firdausiah binti Ahamad

Antara pengisian bengkel ini adalah teknik pemprosesan buku, perlabelan, penyusunan buku di rak, pengelasan buku serta perlupusan buku. Turut diselitkan adalah penggunaan rak buku maya iaitu penggunaan u-Pustaka.

Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat dan ilmu baharu kepada para GPM sekali gus membawa pengurusan Pusat Sumber Sekolah di daerah Langkawi ini ke tahap yang lebih tinggi dan setanding.

BENGKEL PENYUNTINGAN VIDEO DAN PENGGUNAAN APLIKASI STREAMYARD

TARIKH: 1 HINGGA 3 NOVEMBER 2021

TEMPAT: DEWAN EMERALD, HOTEL LANGKASUKA

Program anjuran Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran pegawai Sumber dan Teknologi Pendidikan PPD di seluruh Kedah terutamanya dalam kemahiran pengeditan video dan penggunakaan aplikasi streamyard untuk live streaming.

Program ini melibatkan seramai 15 peserta yang terdiri daripada Penolong PPD Sumber Dan Teknologi Pendidikan dari PPD Pendang, PPD Kota Setar, PPD Kubang Pasu dan PPD Padang Terap. Penceramah jemputan untuk program ini terdiri daripada

  1. En Mohd Syuhaimi Bin Abu (USTP PPD Langkawi)
  2. En. Shahril Akmal bin Abd Rahman (USTP PPD Kota Setar)
  3. En. Anuar bin Othman (USTP PPD Kubang Pasu)

Semoga bengkel ini dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baharu kepada para peserta dalam usaha mempertingkatkan kualiti pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing sekaligus, bergerak seiring dan setanding dengan PPD yang lain.

SERAHAN 2 UNIT PERANTI TELEFON PINTAR KEPADA MURID B40 DALAM JALINAN KEPAKARAN BERSAMA PEJABAT ZAKAT NEGERI KEDAH

Pejabat Zakat Negeri Kedah hari ini berbesar hati menyumbang 2 unit telefon pintar kepada 2 orang pelajar B40 SJKC Chung Hwa. Serahan telah dibuat oleh Encik Azhari Bin Abdul Rashid, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi.

Tarikh: 1.9.2021
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

Nama Penerima:

  1. Nur Haziqah Binti Muhamad Fabian Henry
  2. Muhammad Alif Bin Nijam

Bagi pihak PPD Langkawi kami mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Zakat Negeri Kedah atas sumbangan tersebut. Semoga ianya menjadi dorongan kepada murid untuk mengikuti kelas PDPR dalam musim PKP ini.

Disediakan oleh:
SALAWATI BINTI SAAD
Penolong PPD HEM
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

JALINAN KEPAKARAN BERSAMA YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM DAERAH LANGKAWI DALAM PROGRAM FOOD BANK YaPEIM 2.0

Tarikh: 6,7 dan 8 Disember 2020
Tempat: 21 buah sekolah rendah daerah Langkawi
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang

Seramai 120 orang murid dan keluarga yang terkesan akibat Pandemik Covid 19 mendapat manfaat daripada program Foodbank YaPEIM 2.0. Selain daripada keperluan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak , Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kini terus mengorak langkah dengan memberi sumbangan daging segar. Ini adalah untuk menambah nutrisi dikalangan penerima B40.

Syabas dan Tahniah YaPEIM daripada Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.

Disediakan oleh :
SALAWATI BINTI SAAD
Penolong PPD HEM
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

« Older Entries