Author Archives: yanippdl

BIMBINGAN STRATEGIK BERSEPADU DI SK KEDAWANG

Tarikh : 30 Nov. 2022 (RABU)
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kedawang

TENTATIF BIMBINGAN STRATEGIK BERSEPADU
8:00 – 8:10 pagi – Berkumpul di Bilik Mesyuarat SK Kedawang
8.15 – 8.35 pagi – Taklimat Pembukaan BSS kepada SLT
8.40 – 11.50 tgh – Bimbingan Strategik Bersepadu kepada SLT, MLT, guru dan AKP

  • Pelaporan dan bimbingan terus kepada pemegang taruh
  • Pengisian Rumusan / Dapatan BSS dalam Google Form
    12.00 – 1.20 tgh – Pelaporan Rumusan / Dapatan BSS kepada SLT
    1:30 Makan Tengahari di SK Kedawang
  • Bersurai

BIMBINGAN INTERVENSI JURANG SES & BLB

TARIKH : 23.11.2022
MASA : 9.00 PAGI
SEKOLAH : SMK AYER HANGAT
PEGAWAI PEMBIMBING
1. EN MUHAMAD NAZRI BIN MOHD NOOR
2. EN AZUDIN BIN MAD
3. EN AHMAD YANI BIN GHAZALI
PEGAWAI DIBIMBING :
1. PN ZULAILA BT AHMAD (KAUNSELOR SEKOLAH)
2. EN ISHAM BIN SAADON (PK PENTADBIRAN)
DAPATAN :
1. Pihak sekolah telah membuat analisis data IPPI dan makluman secara tidak rasmi dimaklumkan kepada pihak
pentadbir sekolah
2. Mohon pihak kaunselor sekolah membuat perbincangan item soalan no 9 iaitu seramai 18 pelajar “memerlukan
bimbingan khusus daripada guru yang mengajar” dan bagi soalan no 10 “saya tidak tahu cara belajar yang berkesan”
untuk membuat intervensi khusus 18 orang murid tersebut
3. Perkara ini dibuat perbincangan dan pihak sekolah akan membuat kertas cadangan untuk program motivasi dan
cara belajar berkesan dijangkakan dalam bulan Januari 2022

SEPAGI BERSAMA TAN SERI MOHD DAUD BIN BAKAR (TOKOH KEWANGAN ISLAM)

TARIKH : 31.10.2022
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : LANGKAWI, KEDAH SEMPENA PERHIMPUNAN PENGETUA MALAYSIA
LINK : 1. https://www.instagram.com/p/CkZkDfOv1yD/?igshid=OTU1ZGJlYWQ%3D
2. https://youtu.be/eDyOiG-_FL4 (Trailer Buku Kembara Ilmu Dari Sg. Korok ke St. Andrews)
3. https://youtu.be/cvzRrhBL3Ag (KEMBARA ILMU Dari Sg. Korok ke St. Andrews)
4. https://youtu.be/dFKcIK89WmY (ROYAL AWARD ISLAMIC FINANCE 2022 – Winner Profile Video)

Semalam saya selamat tiba di Langkawi hampir jam 9 malam. Pesawat lewat hampir 4 jam. Kesabaran hampir hilang.

Setelah sampai, rakan-rakan dari Pejabat Pendidikan Langkawi termasuk bekas rakan saya di Maktab Mahmud – Pengetua Cikgu Nazari dari Alor Mengkudu – bawa saya makan malam di kedai gulai ikan panas sebelah round about lapangan terbang. Anda hanya tunjuk apa jenis ikan yang telah disiang untuk dimasak. Kemudin kedai akan masak gulai ikan fresh. Saya tunjuk kepingan ikan jenahak dan gerut.

Masakannya enak sekali. Simple tapi puas. Sambil makan sambil saya memahami permasalaham persekolahan dan pendidikan di Pulau Langkawi. Pelbagai masalah dan cabaran anak bangsa.

Di waktu pagi tadi, tepat jam 7.20 pagi, saya dah bersiap nak berjalan di sekitar bandar Kuah menghirup angin laut segar. Terserempak dengan beberapa pegawai Pendidikan Langkawi di lobi hotel. Depa ajak makan roti canai kari ikan temenung seekor. Hati nak exercise pagi tapi tawaran ini agak unik. Hidup adalah permintaan dan tawaran. Saya terima tawaran. Saya batalkan rancangan berjalan pagi.

Kami semua makan pagi bawah pokok di sebelah kedai. Turut sama YBhg Dr Rafee Che Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Sambil makan dua keping roti canai dengan dua ekor ikan temenong, sambil saya mendapat info tentang banyak isu pendidikan nasional. Ini juga penting untuk mencari serbuk peledak saya dalam bicara saya pagi ini dalam persidangan Majlis Pengetua Malaysia jam 10.45 pagi nanti.

Memang Langkawi banyak tempat makan yang unik. Saya dapat juga berehat sedikit dalam kepadatan diari. Makan sosial juga satu terapi kesihatan.

Semoga para peserta Persidangan Pengetua Malaysia diberikan ilham dan kecekalan minda untuk lebih kuat dan bijak bekerja demi negara tercinta.

Sumber : Instagram Tan Sri Mohd Daud bin Bakar

MODUL BIMBINGAN INTERVENSI JURANG DTP

Tarikh Bimbingan : 30-10-2022
Kod Sekolah : KEA6014
Nama Sekolah : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HANGAT
Kategori Jurang : Bandar atau Luar Bandar (BLB) – BAHASA INGGERIS
Bandar atau Luar Bandar (BLB) – MATEMATIK
Bandar atau Luar Bandar (BLB) – PENDIDIKAN ISLAM
Sosioeconomic Status (SES) – BAHASA MELAYU

Pegawai Dibimbing 1. ARIFF FAZILAH BIN ALI

Dapatan Bimbingan : Bimbingan intervensi jurang di sekolah fokus oleh PM DTP dan semua sektor yang
mengoperasikan program DTP bagi memastikan pelaksanaan program tidak tersasar dari
matlamat sebenar.

« Older Entries Recent Entries »