Author Archives: yusofnayan

Program Peningkatan Kemahiran Psikomotor Dan Psikososial Murid Berkeperluan Khas Sekolah Menengah Daerah Langkawi

Kuah, 19 Februari 2020 | Seramai 35 orang Murid Berkeperluan Khas daripada PPKI sekolah menengah Daerah Langkawi terlibat.

Objektif program adalah untuk meningkatkan kemahiran Psikomotor dan Psikososial murid MBK. Terima kasih kepada semua sekolah, guru-guru, pihak LADA sebagai penyumbang dana makan minum serta padang, Mahsuri Bowl Club (MBC) yang menyediakan jurulatih serta PPD Langkawi (En Zul Ab Rahman) yang menyelaras program.

Sharing Best Practices Guru-Guru Tahun 6 UPSR

PPD Langkawi telah menganjurkan sesi perkongsian pintar bersama sekolah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang UPSR 2018.

Seramai 120 guru tahun 6 sekolah rendah telah hadir. Perkongsian ini diuruskan oleh En Zainon Bin Yon dari unit akademik PPDL.

Tuan Timbalan PPDL, Tn Hj Mohamad Kamal Hasyim semasa ucapan aluan telah menzahirkan hasrat untuk melihat pencapaian UPSR 2019 meningkat dari segi kedudukkan MTM berbanding daerah lain.