PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP): SESI PELAPORAN PROGRES PELAKSANAAN AKTIVITI SEKOLAH AMAN TAHUN 2020
TARIKH : 05 OKTOBER 2020
MASA : 2.00 HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: GEMILANG 2, PPD LANGKAWI
SEKOLAH TERLIBAT : SK BAYAS, SK KILIM, SK PULAU TUBA, SK NYIOR CHABANG, SMK AYER HANGAT, SMK LANGKAWI, SMK TUNKU PUTRA DAN MAKTAB MAHMUD CAW. LANGKAWI
Program DTP – AMAN yang bermula dari tahun 2018 akan melabuhkan tirainya pada penghujung tahun 2020. Program selama 3 tahun ini banyak memberikan menfaat dan impak positif kepada cara bekerja secara berpasukan baik di PPD Langkawi mahu pun di sekolah. Dengan tunjuk ajar oleh LeapEd Coach, Miss Diane Young banyak kaedah yang dipelajari sebagai contoh pelaksaan PLC secara berkesan, 3A iaitu ‘Alignment’, ‘Autonomy’ dan ‘Accountability’ serta 3P iaitu ‘Policy’, ‘People’ dan ‘Process’. Melihat kepada ‘Big Picture’ dan susuli oleh ‘Backward Planning’ merupakan satu kaedah yang boleh dilaksanakan di dalam organisasi.
Sesi pelaporan melibatkan pembentangan oleh lapan buah sekolah yang berada di bawah Program DTP AMAN melibatkan perkara – perkara berikut
- Pembentangan perbelanjaan peruntukan yang telah diturunkan berserta bukti perbelanjaan.
- Aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan (bergambar).
- Impak Program DTP – AMAN kepada warga sekolah.
- Hala tuju sekolah selepas tamatnya Program DTP – AMAN kelak.










TINDAKAN SUSULAN
Pihak sekolah perlu memurnikan persembahan PowerPoint (sebelum atau pada 12 Oktober 2020) dan juga mengemukakan bukti perbelanjaan (sebelum atau pada 19 Oktober 2020)