Category Archives: PEMBANGUNAN MURID

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK MAYA DAERAH LANGKAWI 2020 (SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

20-22 APRIL 2020 9.00 – 12.00 PM APPALIKASI ZOOM MEETING

1    Kategori Sekolah Rendah

a)  Tarikh    : 20-21 April 2020

b)  Masa       : Dimaklumkan oleh Urusetia Pertandingan

c)   Giliran    :  Dimaklumkan oleh Urusetia Pertandingan

2    Kategori Sekolah Menengah

a)  Tarikh    : 22 April 2020

b)  Masa       : Dimaklumkan oleh Urusetia Pertandingan

c)   Giliran    :  Dimaklumkan oleh Urusetia Pertandingan

OBJEKTIF :

1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi sajak.

2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya sajak.

SASARAN

SEORANG PESERTA DARI 21 BUAH SR DAN 8 BUAH SM

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK (DALAM TALIAN) SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT DAERAH LANGKAWI TAHUN 2020
(sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2020)

Kategori Sekolah Rendah

JOHAN – SK Penghulu Ahmad
NAIB JOHAN – SK Temonyong
KETIGA – SK Seri Negeri

Kategori Sekolah Menengah

JOHAN – SMK Tunku Putra
NAIB JOHAN – SMK Kedawang
KETIGA – Maktab Mahmud Langkawi

TAHNIAH🏆 kepada semua pemenang!

BERITA PERTANDINGAN INI BOLEH DAPAT DIBACA DI LINK BAWAH

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/569105/bertanding-deklamasi-sajak-dalam-talian

PROGRAM TAZKIRAH BULI SIRI 1 MURID ASRAMA DAERAH LANGKAWI TAHUN 2020

TARIKH DAN MASA :12 JANUARI 2020 (AHAD) 7.30-8.30 PM

TEMPAT :ASRAMA/SURAU SMK TUNKU PUTRA, SMK KEDAWANG, SMK LANGKAWI, SMK MAHSURI DAN SK SELAT BAGAN NYIOR

PENCERAMAH : 1. SMKL PUAN SALAWAI BT SAAD 2. SMKM : EN. MUHAMAD NAZRI B. MOHD. NOOR 3. SMK KEDAWANG :EN. YUSOF BIN NAYAN 4. SMKTP : EN AZUDIN BIN MAT 5. SKSBN : EN.NOOR AZMAN B.LONG


MATLAMAT: Program Tazkirah Buli diadakan bertujuan untuk mencegah perbuatan buli di kalangan murid-murid asrama sekolah-sekolah Daerah Langkawi dan juga usaha untuk mengurangkan perbuatan buli yang berlaku di sekolah .  Walaupun kadar buli di Daerah Langkawi masih rendah jumlahnya, tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan agar murid-murid faham kenapa perbuatan buli tidak dibenarkan sama sekali terjadi sama ada di sekolah atau pun di mana-mana sahaja.

OBJEKTIF: Objektif  Program Tazkirah Buli adalah seperti berikut

1.      Mencegah perbuatan buli di kalangan murid-murid asrama.

2.      Meningkatkan kesedaran murid-murid akan bahaya perbuatan buli serta kesan-kesan dan akibat terhadap mereka yang dibuli dan warga sekolah secara amnya.

3.      Mengurangkan kadar/jumlah perbuatan buli di sekolah .

4.      Menanam sikap saling sayang menyayangi, tolong menolong dan berdisiplin di kalangan murid-murid dan warga sekolah secara umumnya.

SASARAN
Semua murid asrama di 5 buah sekolah Daerah Langkawi