Category Archives: pemberitahuan

PELAKSANAAN UJIAN SEGAK TAHUN 2019

Disertakan bersama Surat pemakluman pelaksanaan Ujian SEGAK bagi tahun 2019 untuk di panjangkan ke semua sekolah.

Data perlu dimasukkan ke dalam PAJSK-SEGAK On-line : https://pajsk.moe.gov.my bagi ujian Bulan Mac dan Bulan Ogos.

Semua Data Ujian SEGAK akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan PBS Negeri bersama Pengarah dan semua KPPD.

Terima kasih atas kerjasama pihak tuan

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mat Shaari bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Kanan (PJPK) Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kedah di talian 047745121 / 0173048129

Surat Siaran Pengisian SEGAK 2019

KPM PELAWA BERI CADANGAN

Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) mengendalikan satu tinjauan umum bagi mengumpul maklumat daripada rakyat Malaysia yang mempunyai cadangan ke arah menambah baik sistem pendidikan negara.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 3, No. 2, MENARA 2, JALAN P5/6
PRESINT 5, 62200 PUTRAJAYA
TEL: 03-8870 6291
FAKS: 03-88706885

KENYATAAN MEDIA

JAWATANKUASA KAJIAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA (JKD) MEMPELAWA ORANG RAMAI MEMBERI PANDANGAN MENGENAI DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 6 Jun 2018 telah memutuskan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara, termasuk
menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti, yang turut meliputi aspek kesedaran sivik dan pembentukan nilai-nilai murni.

Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut, JKD yang terdiri daripada 13 ahli, sedang mengendalikan satu tinjauan umum bagi mengumpul maklumat daripada rakyat Malaysia sama ada individu, kumpulan dan institusi yang mempunyai cadangan dan perakuan ke arah menambah baik dan membawa perubahan kepada sistem pendidikan negara.

JKD juga telah mengadakan siri pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam perbincangan secara bersemuka, sesi dialog awam, taklimat dan syarahan umum.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dipelawa berkongsi dan mengemukakan cadangan dan idea masing-masing menerusi pautan https://goo.gl/forms/fq0di2BFqQPoGEZ1

Selain itu, borang khas bagi tujuan tersebut boleh diperoleh dengan menulis kepada JKD di e-mel ikkdon@amail.com.

JAWATANKUASA KAJIAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA (JKD)
12 JANUARI 2019

PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2019 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Penyertaan dibuka kepada semua guru.

Maksud Guru Inovatif
1. Guru yang berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah,
Strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru yang boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan
terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Guru yang boleh menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan
Kurikulum kebangsaan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Kategori Pertandingan
1. Individu Prasekolah
2. Individu Sekolah Rendah
3. Individu Sekolah Menengah/ Agama/Teknik/Kolej Vokasional/
4. Kumpulan (prasekolah/sekolah rendah/sekolah menengah)

Pecahan hadiah wang tunai bagi pemenang adalah seperti berikut:
Johan – RM 2,000.00 + Sijil
Naib Johan – RM 1,500.00 + Sijil
Ketiga – RM 1,000.00 + Sijil
Johan Keseluruhan – Sijil Penghargaan

Tarikh tutup penyertaan : 28 Februari 2019

  1. Surat siaran pertandingan
  2. Syarat penyertaan

PERJUMPAAN TUAN TIMBALAN PENGARAH , JPN KEDAH DENGAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN LANGKAWI

09 JAN 2019

8.30 pagi

PPD Langkawi

Tag Line JPN Kedah

Sederap Memacu Transformasi Pendidikan

Dalam usaha membantu daerah meningkatkan prestasi di dalam pendidikan Tuan Timbalan Pengarah JPN Kedah, Tuan Ismail bin Othman turun ke daerah untuk bersama-sama barisan pentadbir dalam menyelami isu-isu serta langkah-langkah intervensi bagi mencari jalan penyelesaian.

Ini adalah perjumpaan pertama beliau dengan barisan pengetua, guru besar dan pegawai PPD.

Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi mengalu-alukan khidmat bantu yang diterima. Semoga transformasi yang sederap dapat dijelmakan.

Intipati Ucapan Timbalan Pengarah

  • Pentadbir perlu transformasikan barisan hadapan (para guru).
  • Komunikasi dua hala perlu jelas.
  • Pemimpin sekolah perlu kawal emosi dengan mengambil tindakan secara berhemah.
  • Perlu pupuk sifat saling mempercayai di kalangan pendidik mahupun dengan ibu-bapa.
  • Cakap mesti serupa bikin.
  • Berfikiran dan bersikap terbuka dengan pendapat dan saranan.

ISU YANG DIBERI FOKUS

  • KEHADIRAN MURID