bengkel kerja pelan strategik organisasi (PSO) ppd langkawi 2021 – 2025 bil 1 tahun 2020
TARIKH : 03 NOVEMBER 2020
MASA : 08.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SEMINAR, PPD LANGKAWI
PESERTA : SEMUA PEGAWAI
PENYAMPAI : PEN. PPD PERANCANGAN, EN. AHMAD SUFIAN BIN ABDUL RAHMAN
PESERTA : SPLKPM

Bengkel kerja siri 1/2020 bertumpu kepada 3A iaitu ‘Alignment’, ‘Autonomy’ dan ‘Accountability’. ‘Alignment’ merujuk kepada deskripsi tugas, punca kuasa, arahan semasa yang perlu dilaksanakan oleh pegawai di dalam organisasi. Alignment yang paling utama merujuk kepada Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
PSO PPDL 2021 – 2025 dirancang bagi tempoh 5 tahun dengan tumpuan diberikan kepada teras Kualiti Kepimpinan, Teras Kualti Pengajaran, Teras Kemenjadian Murid dan Teras Sistem Sokongan Sekolah (3S). 3S yang didokong oleh School Improvement Partner (SIP+), School Improvement Specialist Coaches (SISC+) dan School Improvement Office (SIO) merupakan sistem yang akan memberikan sokongan dan bimbingan kepada pihak sekolah (Teras Kualiti Kepimpinan, Teras Kualiti Pengajaran dan Teras Kemenjadian Murid). SIP+, SISC+ dan SIO akan memberikan bimbingan dan sokongan kepada Senior Leadership Team (SLT) dan Middle Leaders (ML) supaya mereka mampu dan dapat merancang, melaksana, menyemak dan membuat tindakan susulan kepada aktiviti – aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Antara agenda yang dijadikan kayu ukur (KPI) dan kriterian kejayaan
- Kepimpinan Sekolah yang mampu melaksanakan proses Planning, Organizing, Leading dan Controlling (POLC) dengan berkesan.
- Tenaga pengajar (guru) yang mampu PdPc berkesan dengan melaksanakan proses Plan, Do, Check dan Action (PDCA).
- Semua murid yang menduduki SPM layak mendapat sijil menjelang 2025.
- Kebitaraan Sekolah yang mampu mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa di dalam bidang.
- Akademik
- Koakademik
- Sukan