Tag Archives: DCS

Taklimat Pelaksanaan Digital Competency Score (DCS) untuk semua Guru Penyelaras Bestari/ICT (GPB/GICT) 2021

Tarikh : 15 November 2021
Masa : 2.30 hingga 4.30 ptg
Tempat : PKG Kuah
Kehadiran : Semua Guru Penyelaras Bestari/ICT

Digital Competency Score (DSC) adalah satu program latihan secara dalam talian untuk murid-murid tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bagi meningkatkan tahap kompetensi murid mengenai kemahiran TMK yang diperlukan dalam dunia hari ini. Program ini dijalankan setiap tahun dan sijil yang diperolehi murid boleh menyumbang mata dalam PAJSK.

Berikut adalah keperluan minima untuk semua sekolah

Sekolah Rendah
Tahun 6 : 40 orang

Sekolah Menengah
Tingkatan 3 : 40 orang
Tingkatan 5 : 40 orang

Sekolah kurang murid : minima 5 orang murid.

Taklimat yang diadakan adalah taklimat pembugaran semula memandangkan taklimat awal telah disampaikan oleh BPSH melalui saluran Youtube pada 30 Julai 2021.