Tag Archives: LangkawiFM

AISYAH LONDON ‘SPEAKING’ DI LANGKAWIFM !


Terkini, murid cilik yang petah berbahasa Inggeris, Hana Aisyah Mustafa Kamal, 7, dari Sekolah Kebangsaan Kedawang tampil ditemubual stesen radio LangkawiFM pada Sabtu, 12 Januari 2019.

Berbekalkan keyakinan tinggi dan perwatakan ceria, anak kelima dari sembilan beradik yang popular dengan jolokan ‘Aisyah London’ itu ditemubual oleh DJ Sufina Halim kira-kira sejam mulai jam 2 petang.

Murid tahun satu yang juga anak kepada peniaga itu menjadi perhatian ramai selepas video temubualnya pada hari pertama persekolahan dengan wartawan RTM tular di media sosial.