Taklimat Pelaksanaan Digital Competency Score (DCS) untuk semua Guru Penyelaras Bestari/ICT (GPB/GICT) 2021
Tarikh : 15 November 2021
Masa : 2.30 hingga 4.30 ptg
Tempat : PKG Kuah
Kehadiran : Semua Guru Penyelaras Bestari/ICT
Digital Competency Score (DSC) adalah satu program latihan secara dalam talian untuk murid-murid tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bagi meningkatkan tahap kompetensi murid mengenai kemahiran TMK yang diperlukan dalam dunia hari ini. Program ini dijalankan setiap tahun dan sijil yang diperolehi murid boleh menyumbang mata dalam PAJSK.
Berikut adalah keperluan minima untuk semua sekolah
Sekolah Rendah
Tahun 6 : 40 orang
Sekolah Menengah
Tingkatan 3 : 40 orang
Tingkatan 5 : 40 orang
Sekolah kurang murid : minima 5 orang murid.
Taklimat yang diadakan adalah taklimat pembugaran semula memandangkan taklimat awal telah disampaikan oleh BPSH melalui saluran Youtube pada 30 Julai 2021.